Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kepada semua . . . Memandangkan kita dalam bulan yang Mulia (Ramadhan) ni aku ada benda yang nak dikongsikan bersama semua . . . 01 Ramadhan 1436 bersamaan 18 Jun 2015 aku balik kampung untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga aku di kampung . . . Petang tu macam kebiasaan setiap kali ramadhan aku akan ke bazar sekitar Port Dickson tp sejak berkecimpung dalam arena pengutip a.k.a
Pickers aku ubahkan sedikit aktiviti sebelum ke bazar . . . Aku menyelam atas darat untuk mencari khazanah2 purba dulu dan lepas selesai aku akan ke bazar pula . . . Sesampainya aku di sebuah kedai yang uzur dan pemiliknya sudah berumur aku tengok pakcik tua tu tengah mengangkat kotak2 yang berisi barangan makanan segera yang masih belum di buka (baru turun lori agaknya) Aku pun bagi salam kat pakcik tu dan
offer pertolongan . . . Dia menyambut salam dan menerima pelawaan pertolongan daripada aku . . . Aku tanpa berlengah lagi membantu menyusun kotak2 di tempat yang pakcik tu arahkan . . . Dengan pertolongan aku yang tak seberapa tu aku sampai di tempat yang paling aku suka . . . Stor yang banyak tersimpan khazanah2 lama . . . Mata aku pun menjadi makin liar dan tak tentu arah . . . Nak dijadikan cerita, aku pun borak2 la dengan pakcik tu . . . Aku pun cakap kat pakcik tu aku pengumpul barang2 lama & kalau ada barangan lama kat kedai tu aku nak beli . . . Dia pun masuk dalam stor dan keluarkan dua pasang kasut getah jenama Golden Man & Bally Shop (zaman mak aku pakai ni) yang paling seronok pakcik tu bagi free . . . Syukur Alhamdulillah, dengan sedikit bantuan yang diberikan aku dapat ganjaran yang tak disangka sangka . . . Betul la kata pepatah orang berbudi kita berbahasa . . . Walaupun tak banyak yang aku tolong tapi dapat juga membantu pakcik tu.
At least pakcik tu tak penat dan pakcik tu juga orang yang berbahasa . . . Mungkin dia fikir aku tolong ringankan beban hari ni dan kebetulan ada rezeki aku so dia pun hadiahkan kasut ni . . . Jazakallah Pakcik . . . Semoga diberikan kesihatan yang baik kepada pakcik agar dapat beramal kepada Allah swt . . .
 |
Kasut Golden Man (Kasut Budak Lelaki) |
 |
Kasut Golden Man (Kasut Budak Lelaki) |
 |
Kasut Bally Shop (Kasut Budak Perempuan) |
 |
Kasut Bally Shop (Kasut Budak Perempuan) |
p/s : Ade rezeki kita share sama - sama . . . Jangan makan sorang . . . Bukan semua rezeki tu milik kita . . . hehehehe . . . Thanks guys . . . Stay oldskool . . .