Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera kepada pembaca yang setia . . . Baru dapat update entri setelah hampir 3 bulan mendiamkan diri . . . Hal ini disebabkan terlalu sibuk mengira kerugian disebabkan oleh GST serta nilai matawang Ringgit Malaysia yang makin teruk di pasaran global . . . Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pahlawan Terulung Negara atas kejayaan beliau memacu Malaysia ke arah kehancuran "kemajuan" . . . Kami selaku Rakyat yang setia menyokong 100% keputusan anda untuk menaikkan kos perbelanjaan harian kami walaupun kami terpaksa hidup menderita . . . kami terpaksa mengikat perut seperti Ahli - Ahli Parlimen yang menyatakan terpaksa mengikat perut akibat elaun yang terlalu rendah . . . Rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang seperti kami ini lebih perit berbanding anda wahai Ahli - Ahli Parlimen yang sungguh bijaksana . . . Yang paling mencuit hati saya apabila Menteri2 berkaitan mengeluarkan kenyataan yang terlalu bijaksana dan sukar untuk dipercayai . . . Saya yakin kenyataan tersebut masih terngiang - ngiang di telinga anda semua . . . Kepada rakyat Malaysia kita teruskan berdoa kepada Allah swt agar Malaysia dilindungi daripada segala malapetaka dan bencana agar kita dapat menikmati kehidupan harian seperti biasa. . . Syukur Malaysia Masih Aman . . .
Sebelum saya memulakan entri bulan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca yang beragama Islam . . . okgo. . . Memandangkan topik hari ini berkenaan peningkatan kos sara hidup di Malaysia . . . Saya ingin berkongsi tentang Roadtax atau dalam Bahasa Melayu Cukai Jalanraya . . . Masihkah anda ingat rupa bentuk cukai tersebut ??? Yang paling penting insurans kenderaan tersebut tidak dikenakan GST . . . Tapi semua tu hanya tinggal kenangan . . . Jika tidak suka dengan kenaikkan barang sila keluar dari Malaysia . . .
Sangat bertuah menjadi Rakyat Malaysia . . . Sekian, Terima Kasih
![]() |
Cukai Kenderaan Tanpa GST |
No comments:
Post a Comment