20 May 2016

Kekayaan Dunia Hanya Sementara... Jangan Jadi Hamba Duit...

Assalammualaikum wbt dan Salam 1.. 2... 3... Sekian lama menyepi dan kini oldskoolah kembali.. Maaf atas kelewatan mengemaskini blog ni atas sebab kekangan duniawi... Kekayaan seseorang dinilai bukan dari kemewahan yang melimpah ruah tetapi dilihat dari segi penyampaian yang terzahir dari kata kata dan gerak laku seseorang individu... Dek kerana tekanan kos sara hidup yang tinggi, kita terpaksa bertungkus lumus mencari sumber pendapatan kedua dan akhirnya banyak perkara yang terabai. Ok.. Cukup setakat tu aku membebel.. Cerita bab duit, minggu lepas aku singgah ke rumah makcik aku yang terletak di Melaka... Rezeki aku di Offer duit RM 20 Prefix TG Tahun 1986 - 1995... Duit ni tak la seRARE mana dan dalam kondisi About Uncirculated (AU) di mana rate baru RM50 sahaja tetapi disebabkan free aku sebat je la.. Rezeki jangan ditolak bro...
Tun Jaffar Bin Hussein




Sekian untuk para pembaca.. Harap Berpuas hati.. Para numistik mohon maaf kalau entri ni ada yang kurang tepat... Mohon tunjuk ajar daripada kalian semua.. Dan para pembaca yang budiman jangan lupa untuk klik ads Nuffnang yang ada tu... Kerjasama anda amatlah dihargai... Semoga Allah memberkati kalian... Terima Kasih NUFFNANG

24 Jun 2015

Orang Berbudi Kita Berbahasa !!!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera kepada semua . . . Memandangkan kita dalam bulan yang Mulia (Ramadhan) ni aku ada benda yang nak dikongsikan bersama semua . . . 01 Ramadhan 1436 bersamaan 18 Jun 2015 aku balik kampung untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga aku di kampung . . . Petang tu macam kebiasaan setiap kali ramadhan aku akan ke bazar sekitar Port Dickson tp sejak berkecimpung dalam arena pengutip a.k.a Pickers aku ubahkan sedikit aktiviti sebelum ke bazar . . . Aku menyelam atas darat untuk mencari khazanah2 purba dulu dan lepas selesai aku akan ke bazar pula . . . Sesampainya aku di sebuah kedai yang uzur dan pemiliknya sudah berumur aku tengok pakcik tua tu tengah mengangkat kotak2 yang berisi barangan makanan segera yang masih belum di buka (baru turun lori agaknya) Aku pun bagi salam kat pakcik tu dan offer pertolongan . . . Dia menyambut salam dan menerima pelawaan pertolongan daripada aku . . . Aku tanpa berlengah lagi membantu menyusun kotak2 di tempat yang pakcik tu arahkan . . . Dengan pertolongan aku yang tak seberapa tu aku sampai di tempat yang paling aku suka . . . Stor yang banyak tersimpan khazanah2 lama . . . Mata aku pun menjadi makin liar dan tak tentu arah . . . Nak dijadikan cerita, aku pun borak2 la dengan pakcik tu . . . Aku pun cakap kat pakcik tu aku pengumpul barang2 lama & kalau ada barangan lama kat kedai tu aku nak beli . . . Dia pun masuk dalam stor dan keluarkan dua pasang kasut getah jenama Golden Man & Bally Shop (zaman mak aku pakai ni) yang paling seronok pakcik tu bagi free . . . Syukur Alhamdulillah, dengan sedikit bantuan yang diberikan aku dapat ganjaran yang tak disangka sangka . . . Betul la kata pepatah orang berbudi kita berbahasa . . . Walaupun tak banyak yang aku tolong tapi dapat juga membantu pakcik tu. At least pakcik tu tak penat dan pakcik tu juga orang yang berbahasa . . . Mungkin dia fikir aku tolong ringankan beban hari ni dan kebetulan ada rezeki aku so dia pun hadiahkan kasut ni . . . Jazakallah Pakcik . . . Semoga diberikan kesihatan yang baik kepada pakcik agar dapat beramal kepada Allah swt . . .

Kasut Golden Man (Kasut Budak Lelaki)

Kasut Golden Man (Kasut Budak Lelaki)

Kasut Bally Shop (Kasut Budak Perempuan)

Kasut Bally Shop (Kasut Budak Perempuan)
  p/s : Ade rezeki kita share sama - sama . . . Jangan makan sorang . . . Bukan semua rezeki tu milik kita . . . hehehehe . . . Thanks guys . . . Stay oldskool . . . 

21 Jun 2015

Welcome To Malaysia 70's

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera kepada semua pembaca . . . Diharapkan semua pembaca dalam keadaan sihat dan ceria . . . Topi adalah pelindung kepala daripada terik sinar mentari ada juga yang memakainya untuk bergaya . . . Ia bergantung kepada minat si pemakai secara keseluruhnya . . . Topi atau Hat yang aku nak kongsikan bersama semua adalah topi yang dikeluarkan pada tahun 1970 . . . Digunakan oleh pelancong yang datang ke Pantai terutama di Port Dickson yang ingin bersantai di tepi pantai serta bermain di gigi air laut sambil berlari lari anak . . . Topi ini hasil selaman aku di Port Dickson degan harga yang sangat mampu milik . . . Topi ni bertemakan Negeri negeri di Malaysia serta Mercu tanda yang popular di Tanah Air Tercinta ini . . . Yang membuatkan aku musykil tentang tema Welcome tu Malaysia ini terdapat bendera Filipina serta Bendera Negeri Kesayanganku Negeri Sembilan yang tertinggal warna hitam di bendera nya . . . Apa2 pun cintailah barangan buatan Malaysia . . . Stay Oldskool . . . 




Bertuah Sekiranya Anda Rakyat Malaysia!!!

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera kepada pembaca yang setia . . . Baru dapat update entri setelah hampir 3 bulan mendiamkan diri . . . Hal ini disebabkan terlalu sibuk mengira kerugian disebabkan oleh GST serta nilai matawang Ringgit Malaysia yang makin teruk di pasaran global . . . Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pahlawan Terulung Negara atas kejayaan beliau memacu Malaysia ke arah kehancuran "kemajuan" . . . Kami selaku Rakyat yang setia menyokong 100% keputusan anda untuk menaikkan kos perbelanjaan harian kami walaupun kami terpaksa hidup menderita . . . kami terpaksa mengikat perut seperti Ahli - Ahli Parlimen yang menyatakan terpaksa mengikat perut akibat elaun yang terlalu rendah . . .  Rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang seperti kami ini lebih perit berbanding anda wahai Ahli - Ahli Parlimen yang sungguh bijaksana . . . Yang paling mencuit hati saya apabila Menteri2 berkaitan mengeluarkan kenyataan yang terlalu bijaksana dan sukar untuk dipercayai . . . Saya yakin kenyataan tersebut masih terngiang - ngiang di telinga anda semua . . . Kepada rakyat Malaysia kita teruskan berdoa kepada Allah swt agar Malaysia dilindungi daripada segala malapetaka dan bencana agar kita dapat menikmati kehidupan harian seperti biasa. . . Syukur Malaysia Masih Aman . . . 



Sebelum saya memulakan entri bulan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca yang beragama Islam . . . okgo. . . Memandangkan topik hari ini berkenaan peningkatan kos sara hidup di Malaysia . . . Saya ingin berkongsi tentang Roadtax atau dalam Bahasa Melayu Cukai Jalanraya . . . Masihkah anda ingat rupa bentuk cukai tersebut ???  Yang paling penting insurans kenderaan tersebut tidak dikenakan GST . . . Tapi semua tu hanya tinggal kenangan . . . Jika tidak suka dengan kenaikkan barang sila keluar dari Malaysia . . . 
Sangat bertuah menjadi Rakyat Malaysia . . .  Sekian, Terima Kasih

Cukai Kenderaan Tanpa GST

19 Mar 2015

Cikgu Nak Raba !!!

Ihsan Google
Assalamualaikum wbt dan Salam 1 2 3 . . . Zaman aku sekolah rendah dulu selalu aku panggil cikgu untuk pinjam pemadam a.k.a rubber (sebutan raba) daripada kawan . . . Maklum la pemadam aku habis dek main lawan pemadam . . . Takut nak minta kat emak maka terpaksa la aku mengemis daripada kawan2 dalam kelas aku melalui cikgu . . . Aku ingat lagi pemadam yang aku pakai tu ada warna hijau kat belah atas . . . Setiap set pemadam dihiasi dengan huruf A hingga Z . . . Ingat lagi x??? Kalau ada yang terlupa aku ada 1 set Pemadam tu untuk korang refresh semula . . .



Thanks semua yang sudi singgah dan memberi sokongan kepada blog Oldskoolah . . . Keep Oldskool guys . . . Jazakallah . . . 


17 Mar 2015

Untuk Makluman dan Tindakan Semua Pembaca yang Budiman

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Oldskool . . . Mohon kerjasama semua pembaca yang baik hati lagi bijaksana untuk LIKE PAGE FACEBOOK Oldskoolah . . . Sila Klik Sini untuk ke Page Oldskoolah . . . Kerjasama yang anda berikan amatlah dihargai . . . Semoga Allah SWT memberi rahmat dan hidayah kepada anda semua . . . Jazakallah . . . 



Permainan Star Glider Dan Bird Gliding


Assalamualaikum wbt dan Salam Oldskool semua . . .  Korang masih ingat tak dengan permainan yang di perbuat daripada styrofoam yang menyerupai kapal terbang dan burung. . . Dibaluti bungkusan kertas dan terdapat info tentang burung atau kapal terbang serta cara pemasangan permainan tersebut . . . Permainan ini popular di sekitar pertengahan tahun 90an . . .  Permainan ini adalah Star Glider atau Bird Gliding . . . Harga serendah 50sen untuk setiap satu bungkus . . . Masa zaman aku sekolah rendah permainan ini adalah satu kemestian untuk setiap budak2 sezaman aku . . . Setiap minggu aku akan beli design yang baru . . . Gambar di bawah confirm membuatkan budak2 zaman aku terkenang kembali permaian yang telah pupus di muka bumi ini . . . Enjoy !!!






* Di kesempatan ini aku mohon jasa baik pembaca2 yang budiman untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Paksu aku (Musfiqin Bin Haji Omar) yang telah pergi buat selamanya pada tanggal 15.03.2015 Jam 645 ptg. . . Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman . . . Amin.